PRODUK mi segera buatan Malaysia iaitu MyKuali Penang White Curry Noodles tersenarai sebagai 10 mi segera terbaik.
Pemilihan mi segera terbaik itu dinilai oleh lapan pakar pemakanan daripada pelbagai bidang seperti penulis makanan, penulis buku resepi, wartawan dan sebagainya.
ARTIKEL BERKAITAN: Klasik! Idea 4 sepupu nak gembirakan jiran tetangga, kini ‘Kopi Jiran’ jadi buruan penggemar kopi
Menerusi senarai itu, MyKuali Penang White Curry Noodles tersenarai menerusi kategori Mi Segera Berkuah Terbaik. Selain itu, terdapat dua lagi kategori iaitu Mi Segera Kering Terbaik dan Mi Segera Pedas Terbaik.
Berikut adalah senarai 10 mi segera terbaik yang dibahagikan mengikut kategori.
Los Angeles Times menyatakan mi segera itu memuaskan selera.
Kategori Mi Segera Berkuah Terbaik
1. MyKuali Penang White Curry Noodles (Malaysia)
Kolumnis kulinari Los Angeles Times, Lucas Kwan Peterson menyatakan mi segera itu memuaskan seleranya.
2. Sapporo Ichiban Tokyo Chicken Momosan Ramen (Jepun)
Peterson memberitahu rasa mi ini antara yang terbaik dan merupakan kegemaran pemilik restoran Tin Roof dan penulis buku Cook Real Hawaii, Sheldon Simeon yang menyatakan ia luar biasa.
Indomie dari Indonesia tersenarai menerusi dua kategori.
3. Maggi Masala 2-Minutes Noodles (India)
"Saya telah menjadi pemuja mi Maggi Masala sepanjang hidup saya. Ia adalah jawapan kepada mi segera dan ia cukup sempurna - pedas, masin dan lazat," kata Priya Krishna seorang wartawan kuliner New York Times.
4. Mama Instant Noodle Shrimp Creamy Tom Yum (Thailand)
Mama's Creamy Tom Yum Noodles dipilih kerana mempunyai rasa yang tajam dan beraroma.
5. Nissin Instant Ramen Noodles With Soup Base, Black Garlic Oil, Tonkotsu Pork (Jepun)
Penulis kulinari dan The Food of Taiwan, Cathy Erway mengatakan mi segera ini datang dengan bahan tambahan untuk membuatkan hidangan menjadi lebih lazat.
Nongshim Chapagetti Chajang Noodle dari Korea Selatan.
Sementara itu, bagi kategori Mi Segera Kering atau Tidak Berkuah Terbaik, mi segera kebanggaan Indonesia iaitu Indomie Mi Goreng tersenarai bersama satu lagi produknya, Indomie Mi Goreng Ayam Panggang.
Manakala dua mi segera Korea Selatan iaitu Nongshim Chapagetti Chajang Noodle turut tersenarai dalam kategori itu manakala Nongshim Shin Noodle Ramyun tersenarai dalam kategori Mi Segera Pedas Terbaik.
Dalam kategori sama, Tseng Noodles Scallion With Sichuan Pepper Instant Noodles (Taiwan) turut mendapat pengiktirafan.
Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI