suria

Sering guna santan dalam masakan? Ini alternatif jadikan hidangan lebih lazat

Hidangan lebih lazat menggunakan Anchor Extra Yield (AEY) Cooking Cream.

BAGI mereka yang suka memasak atau mementingkan kepuasan dalam masakan tempatan, pastinya tidak asing dengan santan.

Bukan satu kejutan apabila pelbagai masakan tempatan menggunakan santan sebagai pelengkap, lebih-lebih lagi rasa lemak berkrim bagi sesebuah hidangan menjamin kepuasan.

Menambah santan dalam masakan disifatkan sebagai perkara wajib disebabkan kebanyakan makanan tempatan kita bergantung kepada bahan utama itu yang memberikan rasa lemak berkrim serta menjamin tekstur yang menarik bagi sesebuah hidangan.

Resipi yang menjadi pilihan ramai tentunya kari ayam, nasi lemak dan kuih tradisional, memerlukan santan.

Ramai yang tertanya-tanya sama ada kita menggantikan santan dengan krim masakan mampu mengubah rasa terhadap masakan yang sudah menjadi kebiasaan.

Namun, kita perlu mengetahui bahawa salah satu kekurangan menggunakan santan dalam masakan adalah ia tidak ideal untuk pemanasan semula bagi makanan sejuk atau dibekukan.

Mereka yang biasa memasak akan menjaga kualiti makanan yang mengandungi santan, cabaran yang dihadapi lebih-lebih lagi dalam cuaca tropikal negara kita.

Oleh itu, menggantikannya dengan bahan yang mempunyai tujuan sama seperti krim masakan membolehkan anda mengurangkan sisa makanan terbuang.

Produk tenusu seperti Anchor Extra Yield (AEY) Cooking Cream (krim masakan) memberi kelebihan tersendiri kerana ia membolehkan anda memanaskan semula makanan tersebut.

Tambahan pula sudah menjadi amalan bagi orang Asia untuk menyejukkan lebihan hidangan semalam, memandangkan kita biasanya memasak hidangan bersaiz keluarga.

Hidangan tersebut kemudian akan dipanaskan semula dalam ketuhar gelombang mikro atau ketuhar keesokan harinya, tetapi bagi hidangan yang mengandungi santan, ia boleh bertukar menjadi masam dan basi dalam masa sehari sekiranya tidak disimpan dengan betul.

Justeru, alternatif seperti krim masakan ini membolehkan makanan anda kekal selamat untuk dimakan walaupun dipanaskan semula daripada hidangan sejuk atau beku.

Krim Masakan AEY juga amat membantu dalam resipi masakan yang bersifat pedas atau masam.

Oleh kerana kebanyakan masakan popular tempatan mempunyai kepedasan, penggunaan asal santan dapat membantu mengurangkan rasa pedas tersebut.

Walau bagaimanapun bagi peminat masakan pedas, krim masakan ini dapat memelihara rasa asli cili dan tidak memadamkan bau hidangan tersebut.

Krim masakan ini juga merupakan alternatif yang mampu menjimatkan masa, sekali gus membantu anda yang sibuk memasak di dapur.

Maksudnya, jika resipi sesebuah hidangan memerlukan satu liter krim masakan, maka keseluruhan satu liter dalam pembungkusan boleh digunakan, tidak memerlukan sebarang pengurangan lagi.

Ini kerana, penggunaan santan dalam masakan hanya memerlukan kuantiti sedikit yang akan menyebabkan rasa berbeza setiap kali hidangan yang sama dimasak, malah pembaziran lebihan santan yang mempunyai jangka hayat singkat selepas ia dibuka.

Kebanyakan resipi kuih-muih tradisional menggunakan santan dan susu sebagai bahan utama kerana citarasa masyarakat tempatan yang menyukai lemak berkrim dalam hidangan.

Namun, penggunaan santan membuatkan kebanyakan kuih tidak mampu bertahan lama lebih dari sehari dan basi.

Dengan penggunaan Anchor Extra Yield Cooking Cream sebagai pengganti santan, ia akan menjadi nilai tambah kepada pembuatan kuih-muih ini kerana rasanya bukan sahaja menjadi lebih enak, bahkan dapat bertahan lebih lama.

Roti Jala Cheese:

• 230g Krim Masakan AEY

• 135g tepung serba guna

• 200g gula

• 30g daun pandan yang telah dipotong (bersaiz sederhana)

• 250g air

• 3 biji telur

• 50g Anchor Unsalted Butter

• 2g ekstrak kelapa pandan

• 10g bijan putih

Arahan:

Dalam mangkuk adunan, gaulkan semuanya hingga rata, dan tapis ke dalam botol picit.

Semburkan spray memasak sedikit pada kuali tidak melekat, pusingkan adunan roti jala dan biarkan masak sehingga permukaan kering, pindahkan ke dalam pinggan, lipat roti jala. Masukkan daun pandan bersama air dan gaul hingga lumat kemudian tapis.

Bagi membuat kari ayam pula, perap ayam potong dengan serbuk kari dan garam. Kisar pes rempah, panaskan periuk dengan api sederhana. Masak pes dengan Anchor Unsalted Butter.

Masukkan serbuk kari daging, bunga lawang, kayu manis dan masak selama 1-2 minit. Masukkan ayam, kentang, lobak merah dan air kemudian biarkan mendidih selama 15-20minit.

Tambahkan lebihan Krim Masakan Anchor dan biarkan ia mendidih selama 2 minit. Tuang dalam mangkuk hidangan dan letakkan satu keping keju hirisan cheddar Anchor dan hidangkan bersama roti jala.

Sertailah peraduan Masak & Menang bersama Kuali kami di bit.ly/masakmenang

Bagi mendapatkan resipi di atas, sila layari laman web Kuali

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain