BIARPUN tarikh 25 Disember berbaki kurang sebulan lagi, kemeriahan Krismas nampaknya semakin dirasai. Sempena perayaan itu, jenama pencuci mulut dan minuman Halal berasaskan kios di Malaysia, Coolblog melancarkan siri Red Velvet Cheese yang menampilkan dua perisa terbaharu iaitu Red Velvet Cheese dan Red Velvet Choco Cheese. Seleksi terbaharu yang diperkenalkan ini membolehkan peminat red velvet menikmati keenakan kek kegemaran mereka dalam bentuk smoothie di cawangan Coolblog di seluruh negara mulai 25 November. Menurut Pengurus Kempen Pemasaran Coolblog, Ashida Arshad, red velvet yang berwarna merah itu merupakan simbolik 'kegembiraan' sekali gus mencermiman musim perayaan yang bakal diraikan bersama keluarga tersayang. "Kek red velvet memang diminati ramai. Warna merah yang juga dikenali sebagai ‘warna kegembiraan’ mencantikkan lagi penampilan kek ini dan mencerminkan keceriaan musim perayaan. "Keenakan kek red velvet in dapat dirasakan seolah-olah pelukan daripada orang yang tersayang. Oleh itu, kami menginspirasikan kek red velvet ini untuk menghasilkan kenikmatannya dalam bentuk smoothie dengan pelancaran siri Red Velvet Cheese kami," ujarnya. ARTIKEL BERKAITAN: Bahang 31 Ogos, Hari Malaysia kian terasa... jom pekena Coolblog Merdeka Kaw Kaw! Pilih je teh tarik, ABC atau coklat pasti terangkat! Minuman berperisa kek red velvet ini dilengkapi bersama cheese mousse yang turut disertakan dengan taburan serbuk biskut red velvet. Bagi mereka yang menggemari perisa asli kek red velvet, minuman Red Velvet Cheese merupakan pilihan sesuai kerana keseimbangan perisa kek dan cheese mousse yang menggamit selera. Bagi penggemar coklat, Red Velvet Choco Cheese adalah pilihan terbaik untuk anda kerana smoothie ini adalah gabungan antara perisa red velvet dan coklat Coolblog yang istimewa. Dilengkapi penutup khas yang senang dibuka, pelanggan dapat menikmati keenakan taburan biskut red velvet yang melengkapi siri smoothie ini dengan lebih mudah, pada harga RM11.90. Minuman ini juga dilengkapi dengan stopper berbentuk hati yang mana ia boleh dijadikan sebagai hadiah yang sempurna untuk orang tersayang. Bukan itu sahaja, pelanggan boleh menambah biskut gingerbread boy atau girl yang berharga RM5.50 sekeping untuk dinikmati bersama. Biskut gingerbread boleh didapati di cawangan Coolblog terpilih sepanjang kempen Red Velvet Cheese dan dapat dijadikan sebagai pelengkap siri minuman ini. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI