ADA hari-hari tertentu di mana kita sukar untuk tidur malam walaupun sudah sedaya upaya cuba lelapkan mata. Kemudian, waktu-waktu begini mulalah timbul rasa nak mengunyah atau makan masakan panas walaupun sudah larut malam. Memandangkan waktu operasi kedai makan sudah tamat, maka terpaksalah kita menjadi 'cef' di dapur untuk masak sendiri. Bahan rebusan dikisar sebelum dimasak. Tetapi ada kalanya kita buntu memikirkan menu apa boleh dimasak dengan segera bahkan mengenyangkan. Apa kata cuba masak sendiri char kuey teow mudah seperti yang diajar @bungamerahibu di TikTok. Bahan-bahan yang diperlukan: 1. Udang 2. Kuey teow 3. Cili kisar 4. Telur 5. Taugeh 6. Daun kucai 7. Sos tiram 8. Sos cili 9. Bawang merah dan bawang putih (dikisar) 10. Minyak Tumis bahan-bahan kisar. Cara memasak: 1. Rebus kepala udang bersama sos tiram dan sos cili 2. Kisar kepala udang bersama air rebusan sebelum ditapis 3. Tumis bawang merah dan bawang putih bersama minyak 4. Masukkan cili kisar setelah tumisan ‘naik bau’ 5. Masukkan air rebusan kepala udang setelah tumisan pecah minyak 6. Gaul sebati sehingga mendidih sebelum masukkan udang 7. Kemudian masukkan kuey teow yang dibasuh bersih 8. Pecahkan sebiji telur ke dalam masakan 9. Taburkan sedikit hirisan kucai dan taugeh yang dibasuh Masukkan telur dan taugeh serta daun kucai sebelum sedia untuk dihidangkan. Menurut wanita tersebut, resipi char kuey teow dibuatnya ini tidak perlu lagi ditambah garam kerana rasanya sudah sempurna. Selamat mencuba! Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube