CREPE merupakan menu pencuci mulut popular yang mempunyai rasa manis dan berlemak dengan pelbagai perisa menarik.
Maka tidak hairanlah ramai pelanggan sanggup beratur panjang untuk membeli crepe viral yang dijual oleh para peniaga makanan.
Di Facebook, seorang wanita dikenali sebagai Azlina Ina berkongsi kaedah untuk menghasilkan crepe dengan menggunakan 11 bahan sahaja.
Crepe diminati ramai kerana rasanya yang manis dan berlemak. -Gambar hiasan
Bahan-bahan:
1. 100 gram tepung gandum
2. 100 gram tepung ubi
3. 50 gram tepung jagung
4. Tiga biji telur
5. Dua sudu besar minyak jagung
6. Dua sudu besar gula halus
7. 180 mililiter susu segar
8. 220 mililiter air
9. Sedikit garam
10. Satu sudu besar Emolco coklat
11. Sedikit esen creamy vanila
Anda boleh menghasilkan crepe sendiri jika mempunyai masa terluang. -Gambar hiasan
Cara-caranya:
1. Masukkan semua bahan dalam besen dan sebatikan dengan whisk, kemudian tapis.
2. Ambil sesenduk kecil tuang dan dalam kuali non-stick sambil layangkan dan buang lebihan bancuhan.
3. Kuali non-stick pakai yang jenis no-nstick marble, cantik saiz 18, 19 atau 20 untuk crepe saiz besar.
5. Masak hingga kering, tak perlu terbalikkan adunan dalam kuali.
ARTIKEL BERKAITAN: Rupanya senang sangat nak buat kuah rojak buah, hasilnya pekat berkilat!
Cara untuk hasilkan filling fresh cream:
1. 500 gram cream cheese Tatura
2. Susu pekat setengah cawan
* Campurkan semua sehingga sebati
3. Mix Vivo fresh cream sekotak dengan fresh cream yang dibuat tadi.
Selain perisa durian, crepe juga boleh dibuat menggunakan inti Nutella dan pelbagai perisa lain. -Gambar hiasan
Cara-cara:
1. Masukkan filling dalam piping beg.
2. Bentang crepe dan letak filling Nutella.
3. Buat bulatan base tiga pusingan untuk menghasilkan crepe yang gemuk.
4. Letak filling Nutella.
5. Tabur serbuk Milo dan letak lagi filling Nutella.
4. Lipatkan crepe anda
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube