suria

Gaul-gaul, simpan dalam peti sejuk! Ini 5 resipi sos perapan bantu jimatkan masa di dapur

Bahan perapan membantu memudahkan penyediaan bento pada awal pagi.

PENYEDIAAN beraneka jenis hidangan boleh menjadi lebih mudah apabila menggunakan produk pes masakan yang terdapat di pasaran.

Kebanyakan golongan bekerjaya memilih penggunaan bahan seumpama itu supaya tugasan memasak lebih menyeronokkan selain dapat membantu menjimatkan masa.

Tidak kurang juga yang menjadikannya sebagai rutin dalam penghasilan bento sama ada untuk diri sendiri, pasangan mahupun anak-anak, sekali gus menjimatkan perbelanjaan harian.

Suri rumah juga mengambil peluang yang ada bagi membolehkan mereka menguruskan masa dengan baik.

Namun penggunaan bahan pengawet, penambah rasa serta monosodium glutamate (MSG) tiruan sebagai penyedap makanan membuatkan penggunanya meluahkan kebimbangan apabila produk berkaitan diambil dalam jangka masa panjang.

Bagi yang mementingkan kesihatan keluarga, anda bolehlah mencuba kaedah penyediaan makanan ‘meal prep’.

Bukan sahaja mudah dan cepat, anda juga tidak perlu bersusah payah dengan sesi potong-memotong yang sering menyebabkan masa 'memasak' menjadi lama.

Paling penting, dapat memberi kepuasan kepada keluarga kerana 100 peratus adalah air tangan anda sendiri.

Ini lima resipi mudah daripada Feedalee yang boleh anda lakukan pada bila-bila masa dengan cara gaul semua bahan dan simpan dalam peti sejuk ya!

ayam berempah

1. Ayam berempah

1 inci halia

1 batang serai (dihiris halus)

3 ulas bawang putih

1 kiub ayam

2 sudu kecil serbuk jintan

2 sudu besar cili kisar

2 sudu besar rempah kari

Garam secukup rasa

1/4 ayam

ayam teriyaki

2. Ayam teriyaki

1 inci halia

3 ulas bawang putih

2 biji bawang merah

2 sudu besar kicap

1 sudu besar minyak bijan

Daun bawang (ikut cita rasa sendiri)

1 sudu kecil serbuk lada hitam

1 sudu besar madu

Garam secukup rasa

Sebelah dada ayam yang dipotong dadu bersaiz besar

ayam madu

3. Ayam madu

5 ulas bawang putih

1 inci halia

1 sudu besar sos tomato

1 sudu besar sos cili

1 sudu besar sos tiram

1 sudu besar sos lada hitam

1 sudu besar madu

1 sudu besar serbuk kari

1 sudu besar serbuk cili (boleh tambah kalau suka kepedasan)

Garam secukup rasa

Gunakan bahagian kepak dan paha ayam

ayam yogurt

4. Ayam yogurt

1 sudu besar natural yogurt

1 sudu besar serbuk kari

1 sudu besar serbuk cili

3 ulas bawang putih

1 inci halia

1 sudu besar minyak zaitun

1 sudu besar sos lada hitam

1 sudu besar sos tiram

1 sudu besar kicap

1 sudu besar madu

Sebelah dada ayam yang dipotong dadu bersaiz besar

ayam mayonis

5. Ayam mayonis

1 inci halia

1 sudu besar marjerin

2 sudu besar mayonis

1 sudu besar sos cili

1 sudu besar sos tiram

3 ulas bawang putih

1 labu bawang besar

1 kiub pati ayam

2 sudu kecil serbuk lada hitam

Gula dan garam secukup rasa

Sebelah dada ayam yang dipotong dadu bersaiz besar

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain