suria

Wanita kongsi cara buat sendiri air soya, senang sangat... Modal kecil boleh dapat sampai 2 liter

Air soya sesuai disajikan ketika berbuka puasa.

AIR soya merupakan antara minuman yang paling popular dalam kalangan rakyat Malaysia.

Malah, ramai yang memilih air soya untuk membasahkan tekak selepas seharian berpuasa.

Jika berkunjung ke bazar Ramadan, mungkin ada dalam kalangan kita yang terkejut melihat peningkatan harga minuman pada tahun ini.

Bagi yang mahu berjimat, apa kata buat sendiri air soya menggunakan resipi perkongsian Asrinna Bakri di Facebook.

"Air soya memang sedap dan banyak khasiat. Membuat sendiri air soya lebih menjimatkan dan lebih sihat tanpa sebarang pengawet. Lagipun mudah saja nak buat," kongsi Asrinna.

soya2

Proses membuat air soya tidak serumit yang disangka.

Bahan-bahan

Kacang soya

Gula

Daun pandan

Cara penyediaan

1. Cuci dan rendam kacang soya empat ke lima jam atau hingga kembang. Asrinna biasanya rendam sebelum tidur untuk masak keesokan harinya.

2. Ulang cuci. Buang kulit-kulit yang tertanggal. Tuskan.

3. Langkah ini penting. Kisar kacang soya dengan air. Nisbah satu cawan kacang soya, tiga cawan air. Masukkan air sikit-sikit.

4. Tapis guna penapis kain. Masak air soya dengan daun pandan. Api sederhana je. Masak sampai nak mula mendidih. Tutup api.

5. Masukkan gulα ikut kemanisan yang anda mahukan. Kacau sampai gula larut. Siap!

Untuk 250 gram kacang soya, saya dapat dua liter air soya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain