SETIAP kali tibanya bulan Ramadan, kita pastinya teruja untuk mencuba pelbagai juadah enak ketika berbuka puasa.
Selain berbuka di rumah, anda juga boleh mencuba pelbagai bufet Ramadan di restoran dan hotel yang menyajikan hidangan tradisional Melayu hingga ke menu-menu antarabangsa.
1. Hilton Kuala Lumpur
Kali ini, rangkaian hotel Hilton seluruh Malaysia mengumumkan kempen Ramadan bertemakan 'Nikmati Sajian, Eratkan Jalinan.'
Apa yang menariknya, setiap hotel Hilton di lokasi berbeza menawarkan sajian signatur berlainan yang istimewa buat anda.
Hidangan asam pedas ini sudah pasti akan membangkitkan selera anda untuk berbuka puasa.
Antara menu menarik yang boleh anda cuba di Hilton Kuala Lumpur adalah leher kambing Australia masak asam pedas, kerabu mangga muda dan kekapis kering.
Bufet ini berharga RM238 bersih bagi dewasa dan RM119 bersih bagi kanak-kanak (6-12 tahun).
Untuk tempahan, anda boleh menghubungi mereka di talian 03-22642264.
2. Mardhiyyah Hotel & Suites Shah Alam
Bufet yang bermula 3 hingga 29 Mac ini menawarkan harga RM176 untuk dewasa dan RM100 untuk kanak-kanak (5-11 tahun).
Hidangan ini merupakan antara yang dinanti-nanti setiap kali tibanya Ramadan.
Antara hidangan signatur yang bakal disajikan adalah kambing panggang Hickory, ikan salmon bakar celup-celup, bubur lambuk daging rusa dan banyak lagi.
Untuk tempahan, anda boleh menghubungi mereka di talian 019-273 6801.
3. The Pearl Kuala Lumpur
Sup tulang rawan, shell out, gyoza dan kambing panggang merupakan antara menu yang ditawarkan oleh The Pearl Kuala Lumpur sempena bufet Ramadan 2025.
Menyajikan lebih 100 menu, bufet ini berharga RM118 untuk dewasa, RM98 untuk warga emas dan RM68 untuk kanak-kanak berumur (4-12 tahun).
Aneka juadah yang disediakan di The Pearl Kuala Lumpur.
Untuk sebarang maklumat lanjut, lawati akaun media sosial The Pearl Kuala Lumpur.
4. Glow Putrajaya (Glamping Wetland Putrajaya)
Bufet Ramadan yang bermula 8 hingga 28 Mac ini menawarkan harga early bird promo serendah RM48 untuk dewasa dan RM28 untuk kanak-kanak berusia lima hingga 12 tahun.
Untuk kanak-kanak bawah empat tahun pula adalah percuma.
Selain hidangan Melayu, kuih-muih tradisional juga menjadi pilihan ramai semasa Ramadan.
Antara menu menarik untuk dicuba adalah nasi Arab, ayam panggang, gulai daging umbut pisang, gulai nangka ikan talang, kerabu perut, roti jala, roti john, cucur serta kuih-muih kampung.
Untuk maklumat lanjut dan tempahan, hubungi 013-3478857.
5. Bangi Avenue Convention Centre
Bagi mereka yang merindui suasana berbuka di kampung halaman, apa kata cuba bufet Ramadan yang ditawarkan di Bangi Avenue Convention Centre.
Aneka lauk yang mengujakan untuk anda berbuka puasa bersama kawan atau keluarga.
Bufet ini bukan sahaja menyajikan juadah-juadah kampung, malah turut menyediakan masakan Cina, aneka pencuci mulut dan macam-macam lagi.
Bufet ini berharga RM88.90 untuk dewasa, RM70 untuk warga emas 60 tahun ke atas dan RM65 untuk kanak-kanak lima hingga 11 tahun.
Untuk membuat tempahan, boleh hubungi 018-8748381.