suria

Rangup di luar, ‘juicy’ di dalam... Rupanya senang sangat masak sotong celup tepung ala kedai tomyam

Resipi sotong celup tepung yang dikongsikan oleh Cef Rizal Tomyam.

SOTONG celup tepung sememangnya antara menu wajib dipesan jika ke restoran yang menyajikan masakan panas atau kedai tomyam. 

Kadang-kadang pesan sepinggan pun tak cukup kerana menjadi rebutan anak-anak. 

Bayangkan kerangupan salutan tepung dan isi sotong yang juicy, dicicah pula dengan sos Thai, memang tak pandang orang belakang.

Apabila anak-anak merengek mahukan hidangan sama, terpaksalah juga buat sendiri di rumah.

ARTIKEL BERKAITAN: Rupanya senang je nak buat sendiri perencah kari mi segera... Mudah dan pantas, yang penting resipi sihat

Tapi boleh dikatakan hasilnya langsung tak sama macam dekat kedai.

Rupa-rupanya, ada teknik dan ramuan tertentu yang ramai tak tahu.

Jangan risau, jom cuba resipi sebagaimana yang dikongsikan oleh seorang tukang masak, Cef Rizal Tomyam.

Cef Rizal menunjukkan bahan-bahan dan cara menyediakan sotong celup tepung.

Bahan-bahan:

Sotong yang sudah dibersihkan dan dipotong

10 biji telur ayam

1 bungkus tepung jagung

Sedikit pewarna kuning

Sedikit garam

Sedikit serbuk perasa

Cara-caranya: 

1. Pecahkan telur di dalam satu bekas

2. Tuang kesemua tepung jagung  

3. Titikkan pewarna kuning

4. Gaulkan telur dan tepung jagung sehingga sebati

5. Masukkan sedikit garam dan serbuk perasa

6. Masukkan sotong ke dalam bancuhan tepung bersama telur tadi (sedikit demi sedikit)

7. Masukkan sotong untuk digoreng ketika minyak masak sudah benar-benar panas 

Menurut Cef Rizal, tip paling penting ialah api tidak boleh terlalu besar ketika menggoreng.

Mudah sangat... Selamat mencuba!

Artikel Lain