SERAMAI 13 wanita warga asing dipercayai mangsa sindiket pemerdagangan manusia yang diheret ke kancah pelacuran ditahan di sekitar kawasan Sri Sentosa dan Taman Seputeh, Kuala Lumpur dalam serbuan pada malam Selasa.
Siasatan Unit Siasatan Jenayah Bahagian Perjudian,Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) mendapati sindiket itu menggunakan aplikasi Wechat sebagai promosi mencari pelanggan.Dalam operasi itu, dua kakitangan premis terbabit dan tiga pelanggan turut ditahan bagi membantu sisatan.