suria

“Memang berlaku... orang takut nak panggil nyanyi, tak macam sekarang” Liza Hanim lalui fasa hilang ‘job’ sebab bertudung

JIKA diimbau kembali sekitar sepuluh tahun lalu, bukanlah satu pemandangan normal bagi penyanyi wanita tampil bertudung di pentas hiburan.

Ketika itu pelbagai rintangan yang terpaksa ditempuhi seperti hilang punca pendapatan kerana penganjur menyangka perubahan penampilan mendorong seseorang artis itu untuk berhenti menyanyi.

Penyanyi Liza Hanim yang merupakan antara penyanyi terawal mengenakan hijab biarpun masih aktif bergelar penyanyi melalui sendiri fasa itu.

“Antara detik yang paling diingati sepanjang 24 tahun bergelar anak seni ialah ketika saya nekad untuk mengenakan hijab pada tahun 2010. Ia bukanlah satu pemandangan normal ketika itu untuk penyanyi bertudung. Jika ada pun tak ramai antaranya penyanyi Nora Ariffin.

“Sebenarnya saya dah bersedia ketika itu bahawa ia mungkin akan memberi kesan kepada karier nyanyian dan ia memang terjadi apabila tawaran nyanyian berkurangan malah penganjur seakan takut untuk memanggil kita menyanyi.

“Namun Alhamdulillah kira-kira setahun selepas itu ramai penyanyi wanita mula mengenakan hijab dan ia menjadi satu pemandangan normal,” kata Liza Hanim kepada mStar.

liza hanim


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi