suria

YonnyBoii pernah kantoi ponteng sekolah lepak ‘cyber cafe’, ibu tunggu depan pintu - “Saya keluar CC, dia pun keluar kereta”

PENYANYI rap YonnyBoii tak malu mengakui sering ponteng sekolah kerana merasakan dirinya ibarat 'halimunan' tambahan lagi tidak mempunyai rakan di dalam kelas.

Tambah Yonny atau nama sebenarnya Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin, 22, dia sering mengunjungi kafe siber ketika sesi persekolahan.

“Jujur cakap... saya selalu ponteng sekolah. Tiada beza jika saya hadir ke sekolah sekalipun kerana tiada yang sedar kewujudan saya. Saya ni ibarat halimunan.

“Apabila ponteng sekolah tu saya akan melepak di Cyber Cafe sehingga satu hari tu kantoi dengan ibu sendiri. Bukan salah sesiapa, tapi saya sendiri yang pelik. Saya pendiam dan tidak banyak bersosial,” kata Yonni kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, penyanyi yang mula terkenal dengan lagu Sakit duet bersama Zynakal ini baru sahaja melancarkan single terbaharunya berjudul Salahku yang menceritakan kisah peribadinya yang gemar menyendiri.

yonnyboii


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi