suria

Aliff Syukri jawab komen ‘kejam’ netizen, T20 sibuk hadap bantuan - “Tak salah nak check kan? Ingatkan saya dapat”

JUTAWAN kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri seakan sengaja mengundang kecaman netizen apabila memuat naik paparan skrin keputusan semakan Bantuan Prihatin Nasional (BPN).

Rata-rata berkata Aliff memang tidak sepatutnya diberi bantuan seumpama itu kerana dia kurang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berbanding golongan B40 dan M40.

Bagaimanapun Aliff berkata tindakannya membuat semakan itu sekadar mahu mencuba nasib sekiranya dia layak menerima bantuan maksimum isi rumah sebanyak RM1,600.

“Tak salah nak check kan? Ingatkan saya dapat. Jadi saya pun cuba nasib dengan menyemak kelayakan dalam talian. Kalau dapat saya terima tapi sudah tertulis tak layak jadi saya akur.

“Cuma orang luar yang berlebihan menggembar-gemburkan perkara ini," katanya kepada mStar.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi