suria

Fizi Ali merajuk, sanggup jadi pendatang haram di Australia - “Aku pernah kerja cat rumah, petik buah”

PENYAMPAI radio Suria FM, Fizi Ali berkata dia pernah kecewa dengan industri hiburan dan penyiaran kerana bakatnya tidak cukup menyerlah.

Justeru Fizi atau nama sebenarnya Mohd Hafizudin Alimudin , 31, membawa diri ke Australia pada tahun 2016 dan bekerja sebagai pemetik buah sebelum kembali ke tanah air apabila ditawarkan pekerjaan sebagai penyampai radio Suria FM.

“Saya mula melibatkan diri dalam dunia seni dengan menyertai dua program realiti hiburan, namun kedua-duanya terkandas di peringkat awal. Namun rezeki mula hadir selepas menjadi penyampai di sebuah stesen radio, tapi ia tidak bertahan lama selepas stesen itu gulung tikar.

“Sampai satu tahap saya bawa diri ke Australia, kononnya bawa diri kerana merajuk dengan industri. Pada asalnya rancangan hanya untuk melancong tapi kemudiannya jadi pendatang haram dengan melakukan kerja memetik buah dan cat rumah.

“Tapi siapa sangka rezeki Allah, saya pulang ke tanah air setelah dipanggil temuduga sebagai penyampai di Suria FM. Jadi jangan cepat berputus asa, Tuhan tidak akan uji jika kita tidak mampu laluinya,” kata Fizi kepada mStar.

fizi ali, suria fm


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi