suria

“Guna tenaga, allocate sikit pendapatan bantu asnaf” - Ini cara Andi Bernadee beramal, jadi sukarelawan NGO Covid-19

PENYANYI Andi Bernadee berkata dia turut terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kini memasuki fasa kedua sehingga 14 April ini.

Namun kata Andi, 29, masa terluang yang ada ini boleh digunakan untuk membantu insan memerlukan dengan menjadi sukarelawan bagi misi bantuan kecemasan Covid-19 bersama Malaysian Relief Agency (MRA).

“Apa yang paling penting sekarang ini ialah kita menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia membantu mereka yang lebih memerlukan, saya bukan selebriti kaya.

“Tapi mengapa tidak saya bantu dengan menjadi sukarelawan untuk membungkus dan mengagihkan sumbangan kepada golongan yang jauh lebih terkesan dengan PKP.

“Tipulah kalau saya tak terkesan apabila banyak tawaran persembahan terpaksa dibatalkan, tapi itulah gunanya wang simpanan. Jangan la berhabis beli barang yang tak diperlukan ketika nama sedang naik.

“Saya bersyukur sudah menetapkan sedikit simpanan tambahan selain perlu menampung perbelanjaan keluarga di kampung,” kata Andi kepada mStar.

andi bernadee


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi