suria

Ambil kesempatan buat lagu sindir artis rayu bantuan? Danial Zaini kata ia kebetulan - “Tolong jangan laga-lagakan kami”

PENYAMPAI radio dan penyanyi Danial Zaini merayu agar netizen tidak melaga-lagakan dia serta dua lagi penyanyi lagu berjudul Poyo iaitu Santesh dan Noki daripada kumpulan K-Clique dengan beberapa selebriti yang kini mendapat kecaman ramai.

Danial atau nama sebenarnya Mohamad Danial bin Mohd Zaini, 27, juga menegaskan idea awal penghasilan lagu tersebut bukannya untuk menyindir golongan selebriti yang dikatakan gemar menayang kemewahan di laman sosial seperti yang didakwa ramai.

“Langsung tiada kena mengena dengan situasi sekarang di mana beberapa selebriti menjadi mangsa cacian netizen akibat kelantangan mereka bersuara tentang bantuan daripada kerajaan, lagu ni dah siap daripada tahun lepas lagi. Cuma kebetulan ia dilancarkan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Kami langsung tak tujukan kepada mana-mana selebriti, mereka semua kawan-kawan kami. Saya mohon agar netizen berhenti cuba melaga-lagakan saya dengan penggiat seni yang lain, ia hanya secebis karya dihasilkan untuk membuka mata kita semua,” kata Danial kepada mStar.

danial zaini


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi