suria

Fazley Yaakob kuarantin 14 hari, patuh ‘social distancing’ - “Kalau ikutkan memang nak peluk sebab saya sihat!”

PENYANYI dan chef selebriti Datuk Fazley Yaakob berkata dia gagal menahan emosi apabila tidak dapat memeluk anak-anaknya serta isteri biarpun sudah pulang dari Singapura pada Isnin.

Kata Fazley, 42, emosinya semakin terganggu apabila anak bongsunya iaitu Alayna Selma menangis setelah disekat daripada memeluk bapanya itu walaupun sudah berada di depan mata.

“Saya dah berada di Singapura selama tiga minggu dan baru sahaja tiba di Kuala Lumpur pada petang semalam. Namun demi keselamatan keluarga saya terpaksa kuarantin diri sendiri selama dua minggu biarpun tidak mengalami sebarang simptom Covid19.

“Bayangkan dah tiga minggu berjauhan daripada keluarga dan kini tambah lagi dua minggu. Memang berguguran air mata kami anak beranak kerana tak dapat berpelukan biarpun dah ada depan mata,” kata Fazley kepada mStar.

fazley yaakob, covid19


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi