suria

Tunang terkilan, permintaan arwah Maya Matahari nak pakai cincin kahwin tak ditunaikan - “Tiga kali dia minta, tapi saya tetap tak bagi”

TUNANG kepada penyanyi Maya Matahari, Haziq Khairil melahirkan rasa terkilan apabila permintaan arwah untuk memakai cincin perkahwinan yang dibeli untuk majlis bahagia mereka tidak ditunaikan.

Menurut Muhammad Haziq Khairil, dia tidak membenarkan Maya atau Myanaliza Ruslee, 44, memakai cincin berkenaan kerana mahu menanti hari yang sesuai.

“Dia pergi dengan mudah. Mya menghembuskan nafas terakhir semasa dalam perjalanan ke hospital dan sempat melafazkan kalimah syahadah bersama-sama saya.

“Namun saya sedikit terkilan kerana tak dapat penuhi permintaannya yang berhasrat untuk menyarung cincin pernikahan kami.

“Lebih tiga kali dia meminta, namun saya terpaksa tolak kerana belum tiba masa yang sesuai,” kata Haziq kepada mStar.

Menurut Haziq mereka merancang untuk disatukan sebagai pasangan suami isteri selepas sambutan Aidilfitri depan namun ia tidak kesampaian.

Dalam pada itu ujar Haziq antara perkara pelik dilakukan Maya ialah tiga hari sebelum meninggal dunia, Allahyarham ada menyebut yang dia akan tinggalkan Haziq dengan kematian.

Terdahulu, jenazah Maya selamat dimandikan dan di solatkan di Masjid Tun Abdul Aziz, Petaling Jaya pada pagi Khamis.

Jenazah kemudian akan dibawa ke Kampung Setia Jaya, Machap, Johor untuk disemadikan.

maya matahari, mya ruslee


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi