suria

Ella kena ‘panic attack’ dengar anak merengek - “Saya tak tahu nak buat apa, akhirnya kami sama-sama menangis!”

MENGURUSKAN anak kecil yang baharu berusia tiga tahun benar-benar mengubah kehidupan ratu rock negara, Ella Aminuddin.

Namun cerita Ella atau nama sebenarnya Nor Zila Aminuddin, 53, dia menyifatkan ia sebagai pengalaman manis sebagai ibu kepada anak angkatnya yang diberi nama Shanome Az Zahra.

“Tipulah kalau tak berhadapan dengan situasi sukar menguruskan anak kecil, dulu saya jadi risau nak uruskan apabila nak tukar lampin.

“Takut terkasar boleh menyebabkan luka. Saya juga panik apabila dia mula menangis kerana tak tahu apa yang tak kena.

“Sampaikan saya sendiri pun turut menangis,” ujarnya kepada mStar.

Untuk rekod Ella dan suaminya, Azhar Ghazali mendirikan rumah tangga pada Julai 2012.

ella, ratu rock


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi