PENYANYI dan jurulatih vokal Datuk Syafinaz Selamat berkata penyanyi gred 'A' juga tidak terlepas daripada membuat kesilapan daripada segi teknik nyanyian.
Jadi kata Syafinaz, 47, dia sudah biasa menerima kehadiran kelompok penyanyi itu yang mahu memperbaiki cara nyanyian mereka.
“Sebenarnya sejak dahulu lagi ada penyanyi gred 'A' yang datang berjumpa saya untuk memperbaiki kualiti nyanyian mereka, cuma ia tidak dihebahkan. Ibarat mereka berjumpa doktor.
“Ramai menyanyi menggunakan bakat, tapi kadang-kadang ada antara mereka tak sedar cara nyanyian itu salah malah ada yang keliru sedangkan cara nyanyian mereka sudah betul,” kata Syafinaz kepada mStar.