KUMPULAN rap terkenal Indonesia, Mukarakat memasang niat untuk berkolaborasi bersama rappers popular Malaysia, K-Clique.
Hasrat itu terdorong selepas para peminat kedua-dua kumpulan itu mula membandingkan lagu-lagu nyanyian mereka.
“Kami rasa selesa selepas peminat membandingkan Mukarakat dengan K-Clique yang terbukti hebat di Malaysia.
“Memang kami teringin untuk bertemu K-Clique malah mungkin boleh berbincang untuk menghasilkan lagu bersama-sama,” kata Mukarakat kepada mStar.
Mukarakat yang dianggotai Lipooz, Achy, Dirty Razkal, Dflow, dan DJ GeraMar berasal dari Indonesia Timur dan kini berada di Kuala Lumpur bagi menjayakan satu persembahan.