suria

Rupa-rupanya Yonnyboii tak pandai menyanyi - “Saya bukan penyanyi, tulis lagu boleh la”

PENYANYI dan komposer Yonnyboii mengakui kurang berbakat dalam bidang nyanyian malah tidak dapat mendalami rentak balada dengan baik.

Yonny, 21, bagaimanapun menegaskan fokus utamanya dalam bidang hiburan adalah sebagai komposer malah seakan tidak percaya lagu Sakit nyanyiannya duet bersama Zynakal berjaya mendapat hampir 12 juta tontonan di Youtube setakat ini.

“Saya pun tak tahu bagaimana lagu Sakit boleh diterima baik walaupun sejujurnya saya tak pandai menyanyi.

“Saya sebenarnya lebih fokus kepada penulisan lagu, malah memang saya tak pandai nak menyanyi rentak balada seperti yang dijangka,” kata Yonnyboii kepada mStar.

yonnyboii, zynakal


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi