suria

“Kalau nak jumpa biar empat mata antara aku dan dia sahaja!” - Ibu Abam sedia jumpa Aliff Syukri

IBU kepada Allahyarham Abam, Sabariah Arshad mengakui rindu dengan cucunya Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey iaitu anak tunggal kepada arwah Abam.

Menurut Sabariah, selepas menantunya Nor Hidayah Mohd Ali mengambil keputusan untuk keluar rumah, dia tidak lagi berhubung dengan wanita itu dan cucunya.

“Rindu tu memang rindu sebab cucu... tapi nak buat macam mana makcik tak larat macam ini... reda jer.

“Makcik tak ada cakap apa-apa terpulanglah dia (Nor Hidayah) nak keluar ke dia tak keluar ke... makcik hanya ingat pada anak (Abam) yang dah pergi,”ujarnya kepada mStar.

Dalam pada itu, Sabariah tidak menghalang jika Datuk Seri Aliff Syukri ingin datang berjumpa dengannya tapi tidak dibenarkan untuk membuat sebarang rakaman.

Sabariah Arshad


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi