suria

“Kalau tak post nanti orang tanya kenapa senyap je” - Aeril Zafrel seronok hiburkan ‘followers’ dengan ‘content’ kelakar

PELAKON Aeril Zafril merupakan antara selebriti yang sering memuat naik video atau gambar yang menghiburkan di media sosial.

Boleh dikatakan apa sahaja 'content' viral di media sosial, suami kepada pelakon Wawa Zainal ini tidak terlepas untuk turut sama memeriahkannya.

Kata Aeril, selain sekadar untuk menghiburkan pengikut laman sosial, perkongsian itu juga dianggap sebagai medium untuknya mengabadikan momen indah bersama keluarga.

“Saya bukan guna laman sosial untuk mengikut apa yang viral, tapi lebih kepada saya ingin menyimpan kenangan bersama isteri, anak dan gelagat saya.

“Apabila kita tidak upload, kalau hilang momen-momen itu... ia macam rugi,” ujarnya kepada mStar

Tambahnya, untuk menghasilkan video dan gambar menarik ia tidak memerlukan masa yang lama.

“Buat video atau gambar itu bukan ambil masa yang lama... kurang daripada sejam je dan benda ini bukan dirancang.

“Ada masanya seminggu tidak post gambar sebab sibuk... tapi kalau ada momen yang best... saya akan kongsi,” katanya.

Aeril Zafrel


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi