suria

Neeta tak puas buat satu kerja, makin ‘masyuk’ jadi hos TV - “Saya banyak bercakap, lebih baik kalau dapat bayaran”

PENYANYI dan vokalis kumpulan imNeeta, Neeta Manishaa berkata penampilan sebagai hos bagi sebuah program TV sejak bulan lalu ialah demi memenuhi melebarkan kemampuannya sebagai anak seni.

Malahan kata Neeta atau nama sebenarnya Neeta Manishaa Manogaran, 26, latar belakang pendidikan dalam bidang penyiaran ketika menuntut di kolej banyak membantunya untuk mencuba sesuatu yang baharu.

“Ramai orang tanya kenapa saya jadi pengacara? Adakah pendapatan sebagai penyanyi tak cukup? Tapi saya anggap ia sebagai skill berbeza dalam dunia hiburan selain rezeki yang semakin bertambah. Malah saya juga mengambil jurusan penyiaran semasa menuntut di kolej dahulu.

“Menyanyi tetap menjadi keutamaan, cuma saya nak kepuasan dalam kerjaya. Malah saya ni memang jenis banyak cakap, apa salahnya? Tambahan lagi saya dibayar untuk berbuat demikian,” kata Neeta kepada mStar.

neeta


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi