suria

Seminggu Sophia Liana kurung diri cari ilham

PENYANYI rap Sophia Liana mendedahkan dia berkurung di rumah lebih seminggu demi menghasilkan rentak awal untuk single solonya berjudul Ngam.

Sophia atau nama sebenarnya Sophiatul Liana Mohamed Sobri, 30, juga tidak menolak lagu yang turut mendapat sentuhan penyanyi serta komposer terkenal Faizal Tahir ini terselit sindiran kepada golongan yang sering melontarkan kebencian terhadap kerjaya seninya.

“Sebenarnya saya mengurung diri sendiri lebih seminggu untuk menghasilkan lagu Ngam yang mendapat sentuhan komposer Faizal Tahir dan Navin ini. Lebih luar biasa, lagu ini boleh dikatakan siap sepenuhnya dalam tempoh seminggu itu.

“Saya juga tak tolak ada terselit sindiran lagu Ngam ni, maklumlah masih ada yang meluahkan rasa tidak berpuas hati atas kemenangan saya dalam sebuah program realiti baru-baru ini,” kata Sophia kepada mStar.

sophia liana, budak ngam, de fam


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi