suria

Ara Johari buka tempahan jual kuih raya, janji untuk hantar sendiri kepada pembeli!

MELANGKAH ke bidang perniagaan, penyanyi Ara Johari kini sudah mula mengedarkan contoh kuih raya yang dijualkan sempena Hari Raya Aidilfitri yang akan datang.

Ara atau nama sebenarnya Nurfarrah Izzatie Johari, 23, juga berkata akan menghantar sendiri kuih raya yang dipesan peminat namun semuanya bergantung kepada keadaan perkembangan semasa virus Covid 19 yang sedang melanda negara.

“Saya dah mula edarkan tester kuih raya yang bakal dijual menjelang sambutan Aidilfitri Mei ini, mungkin hujung bulan ini tempahan akan dibuka.

“Buat masa kini dah ada lapan jenis kuih dalam senarai, dan yang lebih menarik saya sendiri yang akan hantar pesanan kepada pembeli selain mereka boleh dapatkan di beberapa bazar yang saya akan sertai kelak.

“Namun semuanya bergantung kepada situasi keadaan semasa memandangkan kini kita masih lagi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan,” ujarnya.

ara johari


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi