PENYANYI Naim Daniel menjelaskan lebih 10 acara seni terpaksa dibatalkan berikutan penularan wabak Covid 19 yang membawa kepada tempoh Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari.
Naim atau nama sebenarnya Muhammad Naim Daniel Baharin, 23, bagaimanapun bersyukur dia akhirnya dapat berehat seketika daripada dunia hiburan setelah mengharungi jadual padat selepas kemenangannya di Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34) baru-baru ini.
“Saya memang duduk rumah je, kalau keluar pun sekadar nak hidupkan motor tiga hari sekali.
“Bagi saya ini peluang untuk luangkan masa dengan keluarga selain kurangkan penularan wabak... sekejap lagi pun nak buat cekodok dengan mama,” seloroh Naim.