RUTIN harian penyanyi Luqman Faiz mula berubah sejak kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac lalu.
Selain tiada aktiviti seni, jadual untuk ke gimnasium untuk mendapatkan bentuk badan ideal juga terpaksa dilupakan dalam tempoh ini.
“Jangan tanya fasal gym, sekarang dah terbantut. hasil gym sebelum ni pun dah tak tahu ke mana,” katanya kepada mStar.
Namun kata Luqman, dia bersyukur dapat mengisi masa yang ada bersama ibu di rumah.
“Sekarang ni waktu PKP ibu saya rajin masak, jadi hari-hari saya tolong ibu memasak,” katanya.
Bercerita mengenai kerjaya, Luqman berkata dia terpaksa menunda pelancaran single terbaharunya sehingga ke satu masa yang sesuai.