suria

Caprice dah ‘move on’ dengan Mira Filzah, tak kecewa pun - “Saya boleh DM instafamous, awek Kedah atau awek Penang”

SUSULAN pengakuan Mira Filzah bahawa hatinya sudah dimiliki, penyanyi rap Caprice menjadi ‘bahan’ gurauan di media sosial.

Rata-rata menyifatkan Caprice adalah individu yang paling kecewa selepas Mira membuat pengakuan berkenaan kerana dia sebelum ini sering dilihat cuba mendekati aktres tersebut.

Malah Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 32, turut memuat naik video di Instagram berhubung perkembangan berkenaan.

Come on... anda semua kenal Caprice, memang saya gemar troll warga internet. Malah saya sendiri ada ucap tahniah kepada Mira Filzah selepas dia membuat pengakuan sudah berpunya.

“Tiada istilah patah hati, saya seorang yang gentleman. Kita kena ingat perkahwinan bukalah sekadar untuk manusia namun kerana Allah, Mira tahu betapa gembiranya saya apabila tahu dia sudah berpunya dan sudah mempunyai rancangan untuk berkahwin,” kata Caprice kepada mstar.

caprice, mira filzah


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi