DUA lelaki dijatuhi hukuman gantung sampai mati selepas didapati bersalah mengedar dadah (heroin) seberat 156.1 gram dan (Monoacetylmorphines) seberat 40.3 gram di Lorong Bangunan H-P-A, Sungai Petani pada 19 Julai 2012.
Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohd Zaki Abd Wahab menjatuhkan hukuman kepada Siva Krishnan, 32 tahun dan Satish Subramaniam, 22 tahun selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah pada prosiding keputusan di akhir kes pembelaan pada Ahad.