SERAMAI 25 wanita warga China dan seorang wanita Vietnam yang sedang asyik melayan pelanggan ditahan di sekitar Kuala Lumpur pada Rabu malam.
Dalam operasi di Jalan Tun Sambathan dan Jalan Cheras, premis tersebut disyaki tidak mempunyai lesen perniagaan yang sah dan turut merampas 30 keping kondom, dua tiub pelincir dan wang tunai sebanyak RM300. Mereka ditahan di bawah seksyen 6(1) (C) Akta Imigresen.