PELAWAK Yus Jambu atau nama sebenarnya Yussry Edoo, 39, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Nurul Iman, Kampung Nesam, Bintong, Kangar kira-kira pukul 2.45 petang Isnin.
Jenazah Allahyarham disembahyangkan ribuan orang ramai yang terdiri daripada peminat, kenalan dan penduduk kampung selepas solat Zohor yang diimamkan bapa saudaranya Suban @ Ani Hassan.
Kenalan artis dan juga pelawak serta pelakon seperti Achey, Angah, Atu, Tauke, Hairi Safwan dan Akim AF turut menghadiri majlis pengkebumian itu.
Yus Jambu dilahirkan pada 15 Mac 1976 di Kangar, Perlis dan mula dikenali peminat seni hiburan tanah air selepas menjuarai rancangan realiti pencarian bakat pelawak Raja Lawak musim pertama pada 2007.
Dengan mengambil bahagian dalam kaji selidik ini, ia bermakna anda bersetuju dengan terma dan syarat yang ditetapkan.
Dengan menekan butang mendaftar, anda kini bersetuju dengan
peraturan dan terma
Anda juga bersetuju dengan kesemua syarat dan terma di dalam Pernyataan Privasi termasuk Terma Penggunaan di laman ini. Sila ambil masa untuk baca dokumen Pernyataan Privasi sekiranya anda belum melakukannya.