JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor telah menyita sebanyak 65 buah kenderaan klon di Selangor sejak tahun 2015 sehingga 19 Januari 2016.
Daripada jumlah itu, 26 buah daripadanya telah disita sejak awal Januari lalu.
Antara kenderaan klon yang disita adalah daripada jenis kenderaan mewah seperti BMW, Honda, Volkwagen, Toyota, Mazda, Subaru dan lain-lain.