HUJUNG minggu buat penumpang yang menggunakan perkhidmatan tren komuter tidak seperti hari-hari biasa apabila mereka dihiburkan lebih 10 orang selebriti popular seperti Tomok, Aril Pilus, Pekin Ibrahim,dan ramai lagi, melalui 'busking' di dalam koc yang sedang bergerak.Projek amal anjuran artis yang juga merupakan pelajar separuh masa Universiti Utara Malaysia (UUM) itu dilakukan bagi mengutip derma untuk disumbangkan kepada beberapa buah rumah kebajikan terpilih.