SEORANG penuntut semester pertama jurusan pemprosesan makanan Kolej Pertanian Malaysia Bukit Kayu Hitam hari ini didakwa di Mahkamah Majistret Jitra, Kedah diatas pertuduhan membunuh bayi lelakinya di tandas kolej itu bulan lalu.
Nur Izzati Adi, 20 tahun didakwa menyebabkan kematian seorang bayi dengan melemaskannya di tandas perempuan aras tiga Kolej Pertanian Malaysia Bukit Kayu Hitam jam 5.20 petang pada 30 Mac lalu.