PELAKON Mawar Rashid selamat bergelar isteri kepada Raden Ahmad Faizal Yaakob dengan sekali lafaz pada Khamis.
Raden atau lebih dikenali sebagai Raf, 32, berkata, dia terpikat dengan kelembutan dan karakter manja Mawar yang membuatkannya terbuka hati untuk menerima pelakon itu sebagai isteri.
Ketika ditemui mStar Online, pasangan ini memberitahu mereka berasa lega kerana majlis selesai dan berdoa agar perkahwinan mereka akan kekal buat selama-lamanya.
Raff tak halang Mawar meneruskan karier seni.
Mawar dan Raf telah mengikat tali pertunangan pada 7 Julai lalu sebagai memperingati tarikh ulang tahun kelahiran arwah bapa Raf iaitu Datuk Yaakob Mohammad.
Raf yang juga adik kepada penyanyi Datuk Fazley Yaakob terlebih dahulu menghantar rombongan merisik pada bulan Mei.