HAFIZ Suip mengakui terkesan dengan lambakan bakat penyanyi muda yang kian mendapat perhatian.
Situasi itu memaksa Hafiz tampil dengan 'buah tangan' terbaharu bagi memenuhi selera pendengar yang lebih gemarkan muzik balada berbanding lagu rancak seperti single 'Kejar' sebelum ini.