BUAH tangan terbaharu Sufian Suhaimi berjudul Di Matamu ini dianggap mempunyai aura luar biasa apabila rata-rata peminat industri seni cuba mengaitkan melodi dan liriknya dengan perjanalan kisah cinta tidak kesampaian bersama pelakon Elfira Loy.
Lagu ciptaan Sirkhan dan Rinkarnaen ini dikatakan mampu menyentuh perasaan mereka yang turut berhadapan liku-liku dalam percintaan.
Nyanyian dan petikan gitar Sufian Suhaimi secara akustik ketika berkunjung ke Menara Star baru-baru mungkin mampu menjadi inspirasi atau pengubat hati-hati yang turut berduka.