suria

Nak bercuti ke Bali? Lokasi ini wajib masuk itinerari

PERCUTIAN ke Bali, Indonesia tidak pernah membosankan. Namun populariti pulau peranginan itu menjadikan kebanyakkan destinasi 'wajib dilawati' yang sering dilihat melalui perkongsian di media sosial kelihatan biasa.

Destinasi seperti Uluwatu, Tanah Lot, Ubud, Seminyak dan Pantai Kuta amat sinonim kalangan pelancong dari Malaysia.

Mungkin ramai antara kita yang masih tertanya-tanya sama ada terdapat lokasi lain di Bali yang masih belum diterokai?

Jawapannya, ya! Contohnya di bahagian timur Bali khususnya dalam daerah Karangasem yang terletak kira-kira 83 kilometer dari Denpasar.

Untuk pengetahuan anda, di sinilah terletaknya Gunung Agung yang masih aktif.

Baru-baru ini mStar menerima jemputan bagi menyertai rakan media dari Malaysia, Singapura, Thailand dan Jepun bagi melihat sendiri perkembangan sektor perlancongan di Bali khsusnya selepas tragedi letusan Gunung Agung hujung tahun lalu.

Ternyata, semuanya sudah pulih seperti biasa.

Paling menarik apabila syarikat penerbangan tambang murah terkemuka, AirAsia bersama BMW Tour & Travel membawa kami untuk merasai sendiri tarikan yang ada di daerah Karangasem.

Apa yang boleh dikatakan ialah pengalaman berkunjung ke Pura Lempuyang dan Taman Tirta Gangga seperti yang kami kongsikan menerusi video ini sangat berbaloi.

Maka tidak hairanlah apabila Bali sentiasa menjadi lokasi tumpuan pelancong dari seluruh dunia.

Pesawat Air Asia melakukan penerbangan terus ke Bali setiap hari dari Kuala Lumpur iaitu lapan kali sehari pada setiap Isnin, Selasa, Khamis dan Sabtu manakala sembilan kali sehari pada setiap Rabu, Jumaat dan Ahad.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi