suria

Penyanyi ‘baru nak up’ perli adik Neelofa!

DILIHAT seperti memperlekehkan sebuah jenama telefon popular, adik kepada pelakon Neelofa iaitu Nur Ameera Khan atau lebih dikenali di Instagram sebagai The Little Miss Khan menerima kecaman netizen.

Tindakannya itu membuatkan ramai netizen mencipta video parodi seakan-akan memerli remaja berusia 17 tahun itu termasuklah pendatang baharu industri muzik tanah air, Megat Rahim.

Menurut Megat, 16, dia menghasilkan video tersebut bukan bertujuan untuk memerli Ameera, sebaliknya hanya ingin berjenaka dan mendapatkan perhatian gadis tersebut.

Megat hanya ingin bergurau.

"Saya bukan perli dia (Ameera), itu semua hanya gurauan dan saya mengaku memang nak dapatkan perhatian dia.

"Saya akui ada yang hantar mesej peribadi memberitahu kurang senang dengan video tersebut, tapi janganlah ambil serius sangat kerana itu gurauan semata-mata," katanya kepada mStar Online.

Sehingga kini, video parodi yang dimuat naik Megat di laman Instagram miliknya @megatrahim_ menerima hampir 300,000 kali tontonan.

Megat mengaku ingin mendapatkan perhatian Ameera.

Bercakap mengenai lagu terbaharunya berjudul Sinar, Megat berkata lagu tersebut telah dilancarkan di laman Youtube pada Jumaat lalu.

Lagu ciptaan Ippo Hafiz ini mengisahkan mengenai perasaan kasih dan sayang seorang manusia.

"Lagu ini bukan ditujukan semata-mata kepada pasangan kekasih tetapi ia meluas kepada banyak perkara.

A post shared by MegatRahim (@megatrahim_) on

"Ia boleh jadi perasaan cinta kepada keluarga, teman dan banyak benda lagi. Saya harap peminat akan menyukai lagu terbaru saya ini.

"InsyaAllah, saya bersama syarikat pengurusan Beegood Music merancang untuk promosikan lagu ini di negara jiran tidak lama lagi," katanya.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi