PELAKON Zoey Rahman memberitahu dia tidak tertekan dengan soalan berkaitan jodoh dan mengakui ada perancangan menamatkan zaman bujang.
Zoey berkata dia menyedari sebagai selebriti soal peribadi turut menjadi perbualan masyarakat.
"Perancangan nak kahwin itu memang ada tapi jodoh belum sampai lagi.
"Sekarang ini masa untuk kumpul harta dan aset terlebih dahulu.
"Saya tidak tertekan dengan soalan tersebut dan akan berterus-terang apabila masanya sudah tiba nanti," katanya kepada mStar Online.
Dalam pada itu, Zoey turut berkongsi kenangan yang tidak mungkin dilupakan ketika menyambut Ramadan.
Tonton video penuh disediakan mStar Online ini.