suria

Hannah Delisha harap Syafiq Kyle tabah berdepan kontroversi

PELAKON Hannah Delisha berharap aktor gandingannya dalam drama Mencintaimu Mr. Photographer dan filem Langsuir iaitu Syafiq Kyle tabah menghadapi dugaan sebagai anak seni.

Menurut Hannah, dia mengharapkan pelakon tersebut terus kuat dan meminta netizen tidak membuat spekulasi atas apa yang telah berlaku.

"Saya tak kenal Syafiq Kyle secara peribadi, namun saya harap dia tabah dan kuat melalui ujian ini.

"Selebriti juga tidak terlepas daripada melakukan kesilapan dan itu lumrah kehidupan," katanya kepada mStar Online.

Hannah Delisha.

Hannah ditemui pada majlis Previeu Media Program Syawal Terima Kasih 2018 Media Prima pada malam Rabu.

Kontroversi video lucah yang dikatakan mirip wajah pelakon Syafiq Kyle menjadi tular dilaman sosial sejak Ahad lalu.

Sementara itu, Hannah menjelaskan dia tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan pelakon tersebut.

Malah, dia menafikan dakwaan sesetengah pihak yang menyangka mereka sedang bahagia menjalinkan hubungan cinta.

Tonton video penuh yang disediakan mStar Online.

Hannah Delisha, Syafiq Kyle, Langsuir


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi