PENYANYI Izzue Islam mengakui terkilan apabila isterinya iaitu Awin Nurin menjadi mangsa fitnah di laman sosial.
Izzue, 27, berkata pelbagai kecaman pernah diterima olehnya sebelum ini, namun menuduh isteri menggunakan ilmu hitam dan bomoh adalah sesuatu yang melampau.
"Saya terkilan dengan dakwaan tersebut. Sebelum ini pun banyak saja fitnah dan kecaman kepada kami suami-isteri.
Izzue dan isteri, Awin.
"Namun fitnah kali ini agak melampau dan saya tak tahu apa niat mereka," katanya kepada mStar Online.
Sementara itu, Izzue berkata dia sudah memaafkan individu berkenaan dan tidak mahu memanjangkan lagi isu tersebut.
Dalam perkembangan yang lain, pelakon telemovie Din Sardin Raya (TV3) ini bakal muncul dengan lagu raya terbaharu.