suria

Rancak ibu buka cerita tentang Janna Nick

IBU kepada pelakon Janna Nick mendedahkan sikap dan perangai sebenar aktres itu.

Menurut Shahzani atau lebih mesra disapa Mama Scha, Janna merupakan seorang anak yang baik.

"Walaupun Janna nampak kasar tapi dia sebenarnya seorang yang sangat manja.

Mama Scha.

"Dia tak mudah putus asa dan sentiasa berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang diimpikan.

"Tak susah membesarkan dia dan dia seorang anak yang sentiasa menyenangkan keluarga," katanya kepada mStar Online.

Janna manja dan kuat cemburu.

Ditanya mengenai harapan terhadap anak keduanya itu, Mama Scha berkata dia sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Janna.

"Sebagai ibu saya sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Janna dan mengharapkan dia berjaya dalam bidang seni," ujarnya.

Tonton video penuh temubual yang disediakan mStar Online.

Janna Nick, Mama Scha


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi