suria

Gelaran 'Datin' bukan alasan Elvina Mohamad jadi diva!

SETELAH empat bulan mendirikan rumah tangga dengan usahawan Datuk Hanif Borhan, pelakon Datin Elvina Mohamad berkata dia masih lagi individu sama seperti sebelum ini.

Menurut Elvina, 23, gelaran datin itu hanyalah sekadar status dan tidak sesekali mengubah cara pergaulannya dengan orang sekeliling.

"Saya masih orang yang sama seperti dahulu, 'datin' itu hanya gelaran sahaja.

"Yang membezakan sekarang ini saya sudah bergelar isteri orang tetapi kehidupan bersama kawan-kawan dan orang sekeliling masih lagi sama.

"Soal lakonan pun tiada masalah, saya tak memilih kerana itu berkaitan kerja. Kalau watak itu sesuai saya terima sahaja," katanya kepada mStar Online.

Elvina ditemui ketika majlis rumah terbuka syarikat pengurusannya, Mind Order di Kache's, Seksyen 26, Shah Alam, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Elvina turut berkongsi kegembiraan bakal bergelar ibu tidak lama lagi.

"Alhamdulillah, saya kini sudah hamil tiga bulan dan bakal melahirkan anak sulung awal tahun depan.

"Anak lelaki atau perempuan, kami terima sahaja. Mujurlah saya tak ada mengidam yang bukan-bukan," ujarnya.

Elvina Mohamad


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi