suria

Kadang-kadang 'ringan tangan' nak balas kecaman netizen - Eyka Farhana

PELAKON Eyka Farhana sering menjadi mangsa kecaman netizen yang mempertikaikan soal pemakaian dan pergaulannya.

Menurut Eyka, 23, dia membaca setiap komen yang ditinggalkan pengikut terutamanya di laman Instagram.

"Saya ada baca komen-komen yang ditinggalkan oleh mereka dan apabila ada yang mengecam memang rasa macam nak balas komen itu.

"Tapi apabila difikirkan semula, buat apa saya nak balas komen negatif begitu.

"Yang baik kita ambil jadikan panduan," katanya kepada mStar Online.

Eyka menerima kritikan dengan hati terbuka.

Sementara itu, Eyka berkata sebagai anak seni dia perlu berdepan dengan pelbagai pandangan netizen.

Malah, dia tidak cepat melatah dan menerima setiap kritikan tersebut dengan hati terbuka.

"Bila kena kecam tidaklah sampai rasa tekanan atau kemurungan, saya ambil apa yang baik sahaja.

"Mungkin selepas ini kalau ada yang nak kecam boleh telefon saya terus ya!," usiknya.

Tonton video penuh yang disediakan mStar Online.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi