suria

"Tweet bukan untuk Haqiem tapi... siapa makan cili, dia rasa pedas!" - Ariff Bahran

TINDAKAN Ariff Bahran menulis luahan hati di laman Twitter mengundang persoalan netizen yang berasakan mesej tersebut ditujukan kepada rakan baiknya iaitu, Haqiem Rusli.

Menurut Ariff, apa yang ditulis di laman tersebut bukanlah ditujukan kepada penyanyi lagu Selamat Tinggal Sayang itu.

"Mesej itu bukan kepada Haqiem, ia bersifat umum. Kalau ada yang terasa, terpulanglah.

"Kata orang, siapa makan cili dia terasa pedas. Buat masa ini, hubungan kami berdua baik-baik sahaja.

Ariff berkawan rapat dengan Haqiem Rusli.

"Cuma kesibukan kerja membuatkan kami jarang berjumpa dan mungkin itu menyebabkan orang fikir kami bergaduh," katanya kepada mStar Online.

Ariff Bahran ditemui semasa sidang media program realiti nyanyian Big Stage yang diadakan di Kuala Lumpur pada Selasa.

Penyanyi lagu Kata Akhirmu ini bakal berentap dengan sembilan lagi penyanyi dalam program tersebut.

Selain Ariff, ia turut disertai oleh Afieq Syazwan, Andi Bernadee, Syafiq Farhain dan Tajul.

Manakala peserta wanita pula iaitu Baby Shima, Fara Hezel, Sarah Suhairi, Sissy Imann dan Wani Kayrie.

Tonton video penuh temubual yang disediakan mStar Online ini.

Ariff Bahran, Haqiem Rusli


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi