suria

“Minta kerja pejabat, tapi tiba-tiba jadi artis” - Dayang Areeda

SIAPA sangka niatnya berkunjung ke pejabat urusan Metrowealth untuk temuduga jawatan pegawai pemasaran akhirnya mengubah hidup Dayang Areeda 360 darjah.

Dayang, 24, turut mendedahkan niatnya untuk menyambung pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda terpaksa ditangguhkan kerana minatnya dalam bidang lakonan kian bercambah.

“Saya langsung tidak merancang untuk terjun ke bidang ini, namun diberi tawaran untuk jadi pelakon ketika menghadiri sesi temuduga untuk jawatan pegawai pemasaran di pejabat urusan Metrowealth milik penerbit David Teo.

“Lalu tanpa berfikir panjang saya terus menerima tawaran tersebut dan mula berlakon dalam drama bersiri terkenal Sha & Shah dan beberapa drama lain,” katanya kepada mStar Online.

dayang areeda


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi