PENYANYI Fara Hezel mendedahkan beberapa kriteria yang perlu ada pada lelaki yang ingin menjadi kekasihnya.
Antaranya ialah seorang yang jujur, penyayang, kacak, tinggi dan berkulit putih.
Ditanya tentang sikap lelaki yang tak digemari, ini jawapan Fara!
Fara Hezel
"Saya tak suka lelaki yang busuk, cakap besar, suka mengumpat, pakaian tak kemas dan pendek," katanya kepada mStar Online.
Selain itu Fara turut memberitahu dia seorang yang takutkan kucing.
"Saya takut dengan kucing... tapi benda yang saya suka ialah alatan mekap, novel, beg dan telefon bimbit," ujarnya.
Tonton video penuh yang disediakan mStar Online ini.